♕ haipp , sini ♕

hari kemasyarakatan KUDQI

wajah berona simpati ditatapi . sedih dan sayu beningnya mengundang air mata . bukankah setitis air mata ibu disebabkan kesedihan itu boleh membawa kepada kederhakaan ? dan menutup pintu syurga ? tenangnya hidup kita sampai terlupa tanggungjawab seorang anak . mungkin kita dah berkeluarga dan mungkin diantara kita ada yang bujang masih bekerja dan belajar . tapi tu x menghalang kita tuk berbakti pada mereka kan ? kita masih boleh tersenyum dalam keadaan ibubapa menagih kasih ? itu melampau ! mungkin kita x sedar . senangnya kita melabelkan sesorang tu sebagai anak derhaka sampai terlupa check diri sendiri . x cukup kejam ke kita ni ? bukan mengharapkan balasan dunia . bukan menagih harta berjuta . harapan dijiwa mereka hanya ingin menjadikan anak soleh itu menjadi nyata . just that ! 


     Assalamualaikum , pena berbicara ingin membuka tirai . tahniah kepada lujnah kebajikan dan hubungan luar dalam menjayakan program kemasyarakatan KUDQI pada 22 dan 23 februari 2013 nim . segala yang  dipraktik dan dipelajari semoga memberi manfaat kepada semua . in syaa Allah !

      kemarin aisyah ade join program bersama pakar perubatan moden islam termasuk dalam tentatif program kemasyarakan kudqi . selama ni kita biasa tengok lam tv aje pasal orang yang betol-II susah ni . cam rancangan bersamamu ke . x da la terasa sangat kan ? paling-II kurang kesian aje . habis-II tengok pahtu tutup tv . cam x da perasaan langsung je kan ? haiiiiiee .. bila real depan mata baru la timbul macam-II perasaan . kes warga emas terbiar rupanye masih bersepah kat sini . selama ni x perasan pun . mungkin mata kita yang tertutup kot . bila tanya anak berapa , jawabnye 8 . tapi mane ? sorang pun x ada . melampau laa tu kan ? *minta maaf la . sensitif siket pasal ni . hmm .


ada sorang tok tanya " kalu budak tu skolah tingkatan 3 , umur dia bape ? " jawapannye " 15 tahun " .. tok tu kate dah 15 tahun hidup dia camni . apa kita akan lakukan bila semua ni terjadi disekeliling kita ? 
tengok , pejam mata and then lari ? camtu k ?



pok cik lumpuh lepas buah nyor jatuh atas ye 



orang muda ni umur dalam 30an kot . accident . dah 3 bulan terlantar camni je .  kita yang masih diberi kudrat ni masih susah nak bersyukur lagi k ?





selesai program bersama papisma . Alhamdulillah . credit to nabihah (partner )  bersama  doktor haizy dan doctor raihan

23 february 2013 kerjasama MTD manir dan mahasiswa kudqi dalam menjayakan program ni .

pentazkirah dari mahasiswi KUDQI


antara yang menjayakan program ni .

sedikit jamuan kepada yang terlibat untuk menjayakan program nim .


*sekalung penghargaan kepada yang terlibat memeriahkan . semoga KUDQI terus bangkit untuk melahirkan penda'ie . in syaa Allah ! gambar len aisyah upload mula la ney . aisyah x ambil agy gambar-II tu .  er k.ya . hee .  ^_^

menatap kebencian

    sebagai pembuka bicara . menatap hati memandang kebencian . tajamnya lidah yang x bertulang tu . sampai boleh menikam perasaan yang bernyawa . tiada yang menginginkan kate-II kesat dilemparkan tuk dia . tiada yang mengharapkan kebencian . tiada yang mengimpikan seorang musuh . malah yang didoakan setiap hari dalam setiap sujud adalah semoga orang disekililingnya senang dengan  kehadiran dia diatas bumi yang fana nim .



" jangan nak berlagak baik sangat la . aku kenal pangai mu , dulu dan sekarang same je . x akan penah berubah . jangan belagak baik la " .

  tanya pada diri . untuk ape kebencian ni ? ape manfaatnye ? ape yang akan terjadi pada kita esok hari ? adakah kebencian ni 1 nikmat untuk kita yang boleh bawa kepada kebahagiaan esok hari ? betapa mahalkah sebuah kebencian tu ? bukankah kebencian hari ni memupuk kecelakaan tuk kita kemudian hari ? apa untung yang kita dapat ?


  mungkin kita sedang dibenci . mungkin kita pernah dibenci dan mungkin kita pernah membenci . kenapa perlu memanjakan nafsu dengan kebencian tu ? jantung bila kita marah ia akan berdegup kencang , boleh mengakibatkan stress . ya . kite tahu tu ! tapi kenapa kita masih tanam dan bajakan kebencian tu lam diri kita ?

mustahil la jika semua orang berpuas hati ngan aisyah . mungkin sekarang ada yang sedang membenci . tapi tu bukanlah permintaan aisyah . Rasulullah pun ada yang membenci . tapi Rasulullah sabar . bukan kata-II kesat je yang dibisikkan . termasuk dilemparkan dengan batu sampai berdarah . tapi Rasulullah sabar . sabar dan sabar . sebab Rasulullah tahu akan nikmat bagi orang-II yang sabar . kelembutan x akan pernah tewas dengan kekerasan . itu pasti ! jika dia baca belog nim . inginlah aisyah memohon beribu kemaafan . mohon sangat-II !  sikit pun aisyah x simpan lam hati ape yang dia nak kate dan aisyah dah maafkan semuanya . kate la . mungkin kata-II tu akan lebih mematangkan aisyah  . tapi aisyah berharap dia dapat menerima ngan hati terbuka  . mana ada orang yang bahagia hidup dalam kebencian . btw . TERIMA KASIH untuk segalanya .

wanita cantik itu adalah yang ....

   perempuan yang kuat adalah apabila hatinya hancur , berderai . dia berusaha untuk bangun . berdiri teguh dan hadapi duri-II didepan dengan senyuman yang indah . bukan untuk menunjukkan dirinya kuat . tetapi untuk memujuk hati yang lara . sebab dia tahu . hidupnya semua dalam genggaman yang Maha Kuasa . sape-II yang meletakkan tawakkal pada Allah dalam setiap urusan . PASTI ALLAH akan mencukupkan rezeki untuknya . ^_^ .


6 CIRI-CIRI WANITA CANTIK :

1 )  wanita yang melukis kekuatan dari masalahnya .

2 )  masih tersenyum disaat tertekan .

3 )   tabah disaat terhina .

4 )  terpesona kerana memaafkan .

5 )  mengasihi tanpa balasan .

6 )  bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .




hehee . btw . akhir kalam . Assalamualaikum !

lame jari x menari atas keyboard nim . kaku ah plok ase .



pena gambang mencoret


   bila kita faham dan yakin ngan jalan kita . maka kita akan hadapi dengan tabah . orang melayu nim cepat sangat layu bila dihulurkan sesuatu . walaupun seketul batu ! ramai yang kelabu mata bila diuji ngan habuan yang disebarkan dunia . jom kita buka mata . buka minda . x salah nak simpan duit . x salah kita nak terima sesuatu dari sape-II . x salah pun tuk kita nak bersenang hati ngan ape yang direzekikan untuk kita . tapi yang salahnya bila kita x yakin yang rezeki tu dari ALLAH . ikot la sape-II pun yang hulurkan sesuatu tuk kita . kita kene ingat . dia hanya perantaraan je . yang Maha Pemberi tu hanya ALLAH aje . boleh faham x ? kalu boleh Alhamdulillah .. ^_^ .

*BR1M semakin kencang nampak . bagi la banyak sikit ey ? ramai yang memerlukan . pape pun parti yang berlandaskan Agama Islam tetap dihati . x sabar dah nak tunggu PRU13 mari ning .. ;D . hehee




kami di malam seminar kerjaya muslim .


BBQ di pantai rusila . credit to : SAHABAT . ^_^



kritikan itu tanda sayang la ..


ya Allah . sinarilah hati kami dengan petunjukMu . 
sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu 
selama - lamanya . dengan rahmatMu wahai Allah yang Maha Penyayang .

 kita sebagai manusia daif nim biase la kene tegur . kene kritik . dapat nasihat free ( ade jugak yang berbayar ) . sebab ape ? sebab x adenye diantara kita nim yang perfect selain Rasulullah . kalu x dikritik kita jadi leka . lalai . alpa . setuju ? kata orang-II yang bijak " kritikan itu tanda sayang " . " ehh . mane ade ! kalu dia sayang kita mesti dia terima kita seadanya . bukan kritik x tentu pasal . panas betol la hati kite nim time kene hentam ! ikutkan hati nak aje ikat pengkritik tu kat pokok pisang belakang rumah kak limah . ingatkan dia tu baik sangat ? " .. adehh , dah pakai emosi la tu , huhh . istighfar dulu . nampak x syaitan tengah wat party kat sebelah kite tuu ? hehee , suka sangat la syaitan-II tu tengok kita dah jadi amarah camni kan ? ^_^ . cuba kita menerima kritikan tu dengan harapan boleh menjadi lebih baik tuk masa depan . kalu kita berfikiran camtu pasti kita akan jadi orang yang " OKE PUNYA ! " . suka la tu kan ? hehee . iyaa . cakap memang senang . tapi yang menghadapi tu bukan main perit lagi rase . yang tu memang x dinafikan lah ! oke .. membalas kritikan dengan senyuman memang susah giler la . tapi dengan senyuman tu dapat membuktikan ape yang orang kritik sangat tu sebenarnye melencong ! tapi kalu ape yang orang duk kate tu memang benarrr . jom la kita same-same ubah jadi lebih baik lepas nim . semua nak jadi yang terbaik kan ? bio lerr x  terbaik pada pandangan orang pun , yang penting bersyukur dan jadikan diri yang terbaik dimata Allah . jangan hirau sangat ape orang nak kate . . chaiyok-II !!! nahh . jom kita ambil tindakan positif seperti teladan Rasulullah s.a.w yang sangat-II indah itu .

*enty nim aisyah x tuju k sape-II . hanya pesanan tuk diri aisyah sendiri dan sedikit perkongsian tuk malam nim . ^_^  . waAllahua'lam .




apa khabarmu ?




   Assalamualaikum . apa khabar duhai hati ? bagaimana keadaaanmu duhai perasaan ? masih tersenyumkah duhai iman ? masih damaikah kamu duhai jiwa ? semoga sihat sentiasa . in syaa ALLAH ! debaran kian terasa pada saat penghijrahan berjalan , seolah terikat pada hati dan perasaan yang rapuh . bukan tidak yakin pada diri . cuma bimbang pada jiwa yang lemah . pencarian sedang berjalan . erkkk .. bukan pencarian mencari jodoh la . tapi pencarian mencari identiti diri . doakan aisyah yep ! ^_^ . . akhir-II nim aisyah ada berkenalan ngan seorang sahabat . aisyah senang ngan dia . aisyah suka ? ya .. aisyah suka . semoga dia pun senang ngan aisyah , in syaa Allah . . :)

HKR KL112

      Assalamualaikum . semoga semua sentiasa dibawah perlindungan rahmatNya . in syaa Allah ! maring dulu aisyah ada singgah nk solat kat sebuah masjid di kampung baru , langkah aje depan pintu tu terus dengar suare sorang perempuan wat bising . saje aisyah pegi tengok sape . lahh . rupanye seorang mok cik , belum dikira warga emas lagi yep . hehe . aiihh . nampak gaya macam marah sungguh ! orang sekeliling x layan pun , maybe terbiase dah kot . aisyah yang terkejut 28% nim wat muka 3 posen aje tengok dia , last-II bila aisyah pusing kot lain dengar mok cik tu kate " bio laa ko x nak dengar pun ape aku kate . aku tetap nak bgtahu ko nim . " ehekk .. bedebor tahap maximum ! cepat-II langkah pegi ambil wudu' .. grrr . mok cik nim . kuat sungguh repok . >_< .. 
        bila aisyah masuk masjid tu nampak laa 3 orang budak lingkungan darjah 2,3 kot , dua orang duduk dengan senyapnye kat situ . sorang lagi bila ye tengok orang bangun nak solat cepat-II aje dia bersiap nak join . sangat bagus ! x lame lepas tu mari sorang perempuan muda marah-II budak 2 orang tadi .. marah dalam masjid ? oke .. husnuzon . maybe budak-II tu bermain x bagitahu kakak dia . ^_^ . lepas siap solat aisyah perhati laa budak yang sorang lagi tu . kat dagu dia luka , teruk gak nampak . dia duk belakang lipat telekung 1 rak , sampai habis . lepas tu lap-II debu yang da di Quran . budak darjah dua wat sorang-II , x da sape-II yang suruh pun . terharuu ..
            pelik binti aneh bila tengok keadaan situ . orang tua dalam kelalaian . anak muda dalam kealpaan . budak-II dalam kebingunan . sesungguhnya sangat-II laa bersyukur coz Allah masih melindungi kita nim dengan memberi orang-II soleh dan solehah disekeliling kita , Alhamdulillah !
            

    kelmarin telah berlangsung perhimpunan kebangkitan rakyat KL112 , Alhamdulillah semua berjalan dengan  lancar . tiada provokasi , tiada kompromi . hehee . yang ada hanya 1 . isshh ! bukan 1 malaysia lah !
tapi 1 harapan . harapan untuk membangunkan kerajaan islam yang unggul . tahniah diatas kejayaan himpunan kebangkitan melambangkan kebangkitan rakyat . ^_^

   agak mengjengkelkan bila baca fitnah-II yang terdesak dari puak-II unnormal nih . nak tahu citer ape ? oke . klik sini ! pandai pulak yeorang karang citer . molek kalu ganti aisyah sofia wat novel tuk alaf 21 . uhukk . 




no provokasi no kontrovesi


aisyah sama amoi reporter ( amy )


stop cheating us by faiz


hehee . sempat jugak berkumpul


ini ibu . ibu kami !