♕ haipp , sini ♕

lelaki . bertanggungjawab kah ?

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH .

 sebagai muqaddimah .. nabi adam a.s adalah manusia pertama diciptakan oleh ALLAH . dan ditempatkan didalam syurga sebelum dihantar kedunia dan menjadi manusia pertama yang menghuni bumi ini . mengapa manusia pertama diciptakan oleh ALLAH adalah lelaki ? hanya ALLAH yang mengetahui hikmahnya . camne sekalipun ALLAH menganugerahkan kita akal untuk mempelajari kesemua hikmah yang berlaku . ALLAH tidak menjadikan wanita itu manusia pertama , ALLAH menjadikan lelaki itu manusia pertama dan telah diamanahkan oleh ALLAH untuk menjadi ketua , pemimpin , pelindung dan bertanggungjawab terhadap wanita .


  untuk permulaannya aisyah nak minta maaf dulu andai posting aisyah kali ni ade yang x senang hati baca . kalu ada yang nak bertanya kenapalah aisyah ni suka sangat membebel pasal lelaki ni , x cukup kat facebook , twitter dan sekarang kat belog pulok . aisyah ni sibuk-II je . padahal perempuan lebih ramai lam neraka , kan ? hemm . jangan angkat kaki lagi , meh baca dulu ape yang aisyah nak kata . sejak akhir-II ni aisyah selalu aje dengar perbualan tentang tanggungjawab lelaki ni .
 kamu kata “ Sejahat-jahat aku , aku ingin bernikah dengan perempuan baik-baik , bukan yang macam awek aku sekarang ” . 

amboii , wahh , wow . hebat sungguh lelaki yang macam contoh kat atas ni kan ? dia berkata gitu seolah perempuan ni x da hak untuk memilih lelaki yang soleh . apa awak fikir dengan sikap awak sekarang layak untuk mendapat isteri solehah ? come on la . kan ALLAH dah berfirman . " wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik " .  aisyah memang x layak untuk menasihati orang lain ,  tetapi disebabkan aisyah ada abang , adik lelaki , sepupu , bakal suami dan lain-II lagi , aisyah merasa dipertanggungjawab untuk  membuka ruang menegur walaupun aisyah x tahu berapa ramai yang baca posting ni , sejujurnya , aisyah sedikit kecewa bilamana tengok semakin hilangnya sikap bertanggungjawab yang WAJIB ada dalam diri seorang lelaki tu . iyaa , bukan semua camtu , tapi kebanyakannya gitu . yang ni x kira la dari yang pakai jubah serban hingga yang memakai seluar 3suku tu ha . tidak dinafikanlah perempuan pun ada jugak yang lepas pandang tanggungjawab dia . mungkin orang tu aisyah . nauzubillah . tetapi orang yang pertama dipertanggungjawabkan itu bukankah kaum adam ? yang akan mentadbir rumah tangga ? yang akan memimpin kaum hawa ?  jika aisyah salah mohon betolkan ..


kamu berkata lagi : "assalamualaikum ukhti , ana sebenarnya dah lama pandang ukhti , manis berniqab , sopan dalam bertutur kata , baik sangat orangnya , x seperti perempuan lain , yang berniqob ni orang-II alim je kan " .
 pertamanya . dimanakah anda meletakkan tanggungjawab supaya menjaga pandangan wahai lelaki ? tengok perempuan nak terkeluar biji mata tu , pastu memuji lebih tinggi dari gunung . perempuan ni kalo dipuji berbunga-II kembang ala-II bunga melor la jawabnya , yang pakai tudung pun boleh tercabut tudungnya tu . pahtu mula la awak nak cakap yang perempuan ni suka dedah aurat itu ini . dah kalo tidak anda yang menjaga kehormatan anak . isteri , adik perempuan anda sape lagi yang nak ambil peduli ? semuanya patut dimulakan dari diri awak sendiri . dosa mereka awak yang tanggung . ada faham ? sekarang nak salahkan sape ? dua-II ? oraitt . .
 dan yang keduanya . untuk pengetahuan awak , awak dan awak ni . . wanita berniqob itu adalah bukan kerana dia alim sangat , bukan tandanya dia dah confirm solehah , bukan tandanya dia cantik sangat . bukan awak .. tapi sebenarnya dia adalah seorang yang lemah , lemah dengan dunia , lemah dengan maksiat disekeliling . dan niat dengan berniqob supaya ALLAH menjaga kehormatan dia . supaya ALLAH hijabkan dia dari maksiat yang hina ni . awak jangan nak pandang sangat lah . nampak sangat x bertangungjawab kat situ . jaga pandangan tu sikit . --"

seorang ustazah pernah pesan " kalu nak tengok lelaki itu seorang bertanggungjawab , tengok bagaimana dia menyelesaikan kerjanya dalam organisasi " . ^_^

pesanan dari ustaz " lelaki yang menjaga solatnya diawal waktu adalah yang bertanggungjawab" . setuju ?

tu baru kita bercakap tentang soal tanggungjawab lelaki terhadap perempuan , belum masuk lagi bab tanggungjawab lelaki terhadap ibubapa yang ramai x sedar ataupun buat-II x sedar . ada yang menganggap kekasih lebih utama dari seorang ibu . rela datang dari jauh tuk berdating . tapi x rela menolong ibunya walhal membeli di kedai sebelah rumah .  layakkah digelar penderhaka ? thinking ~

Firman ALLAH yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15). 
kesimpulannya kelebihan anak yang menghormati serta berbuat baik pada kedua ibubapanya akan mewujudkan keluarga bahagia , kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga adalah pemangkin utama dalam mewujudkan masyarakat penyayang , seterusnya masyarakat penyayang mewujudkan kestabilan politik , ekonomi serta sosial dalam masyarakat . ada percaya ? . bagi pandangan aisyah , seorang lelaki yang menjaga hubungan ngan ALLAH , solat diawal waktu dan bertanggungjawab terhadap kedua ibubapanya adalah seorang yang bertanggungjawab . tu pandangan aisyah la . kalu da yang x setuju x pe , pandangan masing-II . banyak lagi yang nak bagitahu tapi kene cepat-II lari dah , dari tadi lagi masa ni mengejar ni . kuat betol jealousnye . hehee . anyway . sekali lagi aisyah minta maaf , maafkan ya ? yang baik itu dari ALLAH dan yang lemah dan buruk itu dari diri aisyah yang doif lagi hamba yang hina ini . moga ALLAH selalu memberikan taufiq dan hidayah kepada kita , in shaa ALLAH . jumpa lagi . ma3assalamah . :)

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan pesanan . ^_^