♕ haipp , sini ♕

lelaki . bertanggungjawab kah ?

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH .

 sebagai muqaddimah .. nabi adam a.s adalah manusia pertama diciptakan oleh ALLAH . dan ditempatkan didalam syurga sebelum dihantar kedunia dan menjadi manusia pertama yang menghuni bumi ini . mengapa manusia pertama diciptakan oleh ALLAH adalah lelaki ? hanya ALLAH yang mengetahui hikmahnya . camne sekalipun ALLAH menganugerahkan kita akal untuk mempelajari kesemua hikmah yang berlaku . ALLAH tidak menjadikan wanita itu manusia pertama , ALLAH menjadikan lelaki itu manusia pertama dan telah diamanahkan oleh ALLAH untuk menjadi ketua , pemimpin , pelindung dan bertanggungjawab terhadap wanita .


  untuk permulaannya aisyah nak minta maaf dulu andai posting aisyah kali ni ade yang x senang hati baca . kalu ada yang nak bertanya kenapalah aisyah ni suka sangat membebel pasal lelaki ni , x cukup kat facebook , twitter dan sekarang kat belog pulok . aisyah ni sibuk-II je . padahal perempuan lebih ramai lam neraka , kan ? hemm . jangan angkat kaki lagi , meh baca dulu ape yang aisyah nak kata . sejak akhir-II ni aisyah selalu aje dengar perbualan tentang tanggungjawab lelaki ni .
 kamu kata “ Sejahat-jahat aku , aku ingin bernikah dengan perempuan baik-baik , bukan yang macam awek aku sekarang ” . 

amboii , wahh , wow . hebat sungguh lelaki yang macam contoh kat atas ni kan ? dia berkata gitu seolah perempuan ni x da hak untuk memilih lelaki yang soleh . apa awak fikir dengan sikap awak sekarang layak untuk mendapat isteri solehah ? come on la . kan ALLAH dah berfirman . " wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik " .  aisyah memang x layak untuk menasihati orang lain ,  tetapi disebabkan aisyah ada abang , adik lelaki , sepupu , bakal suami dan lain-II lagi , aisyah merasa dipertanggungjawab untuk  membuka ruang menegur walaupun aisyah x tahu berapa ramai yang baca posting ni , sejujurnya , aisyah sedikit kecewa bilamana tengok semakin hilangnya sikap bertanggungjawab yang WAJIB ada dalam diri seorang lelaki tu . iyaa , bukan semua camtu , tapi kebanyakannya gitu . yang ni x kira la dari yang pakai jubah serban hingga yang memakai seluar 3suku tu ha . tidak dinafikanlah perempuan pun ada jugak yang lepas pandang tanggungjawab dia . mungkin orang tu aisyah . nauzubillah . tetapi orang yang pertama dipertanggungjawabkan itu bukankah kaum adam ? yang akan mentadbir rumah tangga ? yang akan memimpin kaum hawa ?  jika aisyah salah mohon betolkan ..


kamu berkata lagi : "assalamualaikum ukhti , ana sebenarnya dah lama pandang ukhti , manis berniqab , sopan dalam bertutur kata , baik sangat orangnya , x seperti perempuan lain , yang berniqob ni orang-II alim je kan " .
 pertamanya . dimanakah anda meletakkan tanggungjawab supaya menjaga pandangan wahai lelaki ? tengok perempuan nak terkeluar biji mata tu , pastu memuji lebih tinggi dari gunung . perempuan ni kalo dipuji berbunga-II kembang ala-II bunga melor la jawabnya , yang pakai tudung pun boleh tercabut tudungnya tu . pahtu mula la awak nak cakap yang perempuan ni suka dedah aurat itu ini . dah kalo tidak anda yang menjaga kehormatan anak . isteri , adik perempuan anda sape lagi yang nak ambil peduli ? semuanya patut dimulakan dari diri awak sendiri . dosa mereka awak yang tanggung . ada faham ? sekarang nak salahkan sape ? dua-II ? oraitt . .
 dan yang keduanya . untuk pengetahuan awak , awak dan awak ni . . wanita berniqob itu adalah bukan kerana dia alim sangat , bukan tandanya dia dah confirm solehah , bukan tandanya dia cantik sangat . bukan awak .. tapi sebenarnya dia adalah seorang yang lemah , lemah dengan dunia , lemah dengan maksiat disekeliling . dan niat dengan berniqob supaya ALLAH menjaga kehormatan dia . supaya ALLAH hijabkan dia dari maksiat yang hina ni . awak jangan nak pandang sangat lah . nampak sangat x bertangungjawab kat situ . jaga pandangan tu sikit . --"

seorang ustazah pernah pesan " kalu nak tengok lelaki itu seorang bertanggungjawab , tengok bagaimana dia menyelesaikan kerjanya dalam organisasi " . ^_^

pesanan dari ustaz " lelaki yang menjaga solatnya diawal waktu adalah yang bertanggungjawab" . setuju ?

tu baru kita bercakap tentang soal tanggungjawab lelaki terhadap perempuan , belum masuk lagi bab tanggungjawab lelaki terhadap ibubapa yang ramai x sedar ataupun buat-II x sedar . ada yang menganggap kekasih lebih utama dari seorang ibu . rela datang dari jauh tuk berdating . tapi x rela menolong ibunya walhal membeli di kedai sebelah rumah .  layakkah digelar penderhaka ? thinking ~

Firman ALLAH yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15). 
kesimpulannya kelebihan anak yang menghormati serta berbuat baik pada kedua ibubapanya akan mewujudkan keluarga bahagia , kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga adalah pemangkin utama dalam mewujudkan masyarakat penyayang , seterusnya masyarakat penyayang mewujudkan kestabilan politik , ekonomi serta sosial dalam masyarakat . ada percaya ? . bagi pandangan aisyah , seorang lelaki yang menjaga hubungan ngan ALLAH , solat diawal waktu dan bertanggungjawab terhadap kedua ibubapanya adalah seorang yang bertanggungjawab . tu pandangan aisyah la . kalu da yang x setuju x pe , pandangan masing-II . banyak lagi yang nak bagitahu tapi kene cepat-II lari dah , dari tadi lagi masa ni mengejar ni . kuat betol jealousnye . hehee . anyway . sekali lagi aisyah minta maaf , maafkan ya ? yang baik itu dari ALLAH dan yang lemah dan buruk itu dari diri aisyah yang doif lagi hamba yang hina ini . moga ALLAH selalu memberikan taufiq dan hidayah kepada kita , in shaa ALLAH . jumpa lagi . ma3assalamah . :)

ramadhan dahulu . bersahur jom ?

Assalamualaikum . Alhamdulillah masih lagi berpeluang tuk menjadi penhuni madrasah ramadhan pada tahun ni selama sebulan . malam ni dah masuk sepuluh ramadhan terakhir dah . Alhamdulillah . tapi sayangnye sof solat tarawikh yang asalnya empat sof kini dah menjadi satu sof je . mane yang lain ? sibuk cari baju raya eh ? amboii , sakan bebenor ye kak . . ? sampai nak solat tarawikh sejam pun x sempat . O.o . hehee . oh . mungkin ade alasan lain kot . aisyah ni je pandai-II wat citer kn ? ishh . minta maaf er ? okaylah . inginku mengimbau kenangan silam , acecee , ayat aisyah ni kadang-II poyo sikit . hehehee .

tadi aisyah pergi masjid Al-furqan . masjid mane ? alahh . yang depan umah aisyah tuu . berjalan 2 , 3 langkah sampai ah . hee . seusai solat tarawikh tu , aisyah berpaling kebelakang . tengok ade 2 orang budak dalam lingkungan darjah 2 kot .  aisyah pun x pasti . sopan je budakny . tapi bila tengok budak tu aisyah teringatkan kisah aisyah mase kecik  . aisyah kawan berempat dengan najah , angah and shidah . ade lagi kawan-II lain kot . hee . asal malam terawikh je kami lah orang yang paling bersemangat dan bahagia . sebabnye kalau kami x puas agi main petang tu boleh sambung ke malam . bulan puasa je aisyah boleh wat gitu . hohoo . cipta tanglung dari tin milo sambil mencurahkan segala kreativiti yang ade . sambil-II tu bawak makanan yang lebih time berbuka .  al-maklumlah . kat sini morehnye untuk kaum adam sahaja . so . kami sebagai kaum hawa ni pandai-II la wat moreh sendiri . lalaa~ .niatny boleh la aisyah nak solat tarawikh sambil makan .  tapi selalu je terpesong niat tu . time imam mula angkat takbir , bermulalah misi kami . disebabkan nak berbuka puasa bersama geng x boleh dah . maka kami ciptakan makan malam bersama disof paling belakang , disudut kanan tangga atas masjid . ekekee . hampir setiap malam misi berjaya . tapi kadang-II pernah gak kene jerkah ngan pok leh . hehee . sebabny yang kami sangkakan larian kaki anak-II kucing rupanye orang kat bawah dengar tu larian tapak kaki anak-II gajah . sambil wat muka seposen konon x bersalah duduk dalam sof dengan sopan . sambil berdrama khusyuk sangat ni ha , hehe . aisyah lah orang paling bersemangat bile sampai witir . solat khusyuk mengalahkan tok imam tuu . . time berdoa bukan main agi banyak permintaanny mengalahkan pak lebai . haiii ..

Tu dulu punya kisah la awak . sekarang ni x dok la dengar pok leh nak jerkah-II lagi . sabar aje lahh . hehee . kawan-II sorang dah keje . sorang dah berpindah . sorang lagi ? hohoo . dah kawin pun . ade baby kembar lagi tuh . Alhamdulillah . sekejap je masa berlalu kan ? dah-II . jari ni x leh nak menari lebih-II dah , nati kan ade pulok yang tanya aisyah " kenape yang kuat sangat membebel dalam belogg tu ? " toin . toin . toin .. hari tu dah ade yang tanye . -_-"

Okaylah . sedikit pengisian tuk malam ni . sukalah aisyah kat sini nak menekankan bab sahur ni . bio lah dah nak tamat bulan ramadhan ni pun . kita amalkan untuk waktu yang tersisa ni eh ? ^_^


nabi s.a.w  bersabda " perbezaan antara puasa orang islam dan orang kafir adalah dengan bersahur " (HR tarmizi)

nabi s.a.w  bersabda lagi " bersahurlah kamu kerana didalam sahur itu adanya kebekatan " (HR bukhari)

*kita anggap bersahur ni adalah sesuatu yang remeh je , sebab ape ? sebabnye kita x pernah nak ambil tahu akan segala fadhilatnya . aisyah pasti . kalau kita ambil tahu kelebihan-II berpuasa ni semangat untuk bersahur tu berkhobar-II . hehee . serius nih . manusia ni kan memang sukakan kelebihan . contohnya kita tahu akan kelebihan atas sesuatu product mesti kita akan terdetik rasa nak beli . kan ? haa , aisyah x tipu . tanya diri sendiri tu , hm , nak tahu akan fadhilat bersahur ni x susah pun . awak tanya aje mr.google . nak tahu ape ? sume ade kat situ . mungkin kebanyakan hadis bab fadhilat ni hadis doif . tapi hadis doif tentang kelebihan sesuatu amalan ni kita boleh amalkan . tapi dilarang untuk membuat hujah . ada faham ? okay . Alhamdulillah . aisyah out dulu . terima kasih sudi meluangkan masa untuk membaca entry yang x seberapa ni . yang mane kurang tu dari aisyah sendiri . Wallau3alam . see u later . in shaa Allah . ;D

 untuk menjaga keberkatan bulan ramadhan ni umi memang larang tengok tv dan perlu tadarrus 30 juzuk sebulan ramadhan . mungkin ini kita boleh praktiskan bila dah ada keluarga sendiri nanti .

dulu dan kini manakan sama

Assalamualaikum . segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam , selawat dan salam keatas junjung mulia nabi kita muhammad S.W.T . indahnya mawar tapi berduri . indahnya cinta remaja tapi memakan diri , indahnya kehidupan kita , tapi kenapa perlu menghina dan mengaibkan diri ?

x dinafikan , aisyah pun pernah melalui zaman yang mana kita inginkan sesuatu yang membebaskan perasaan kita , apa orang wat , kita nak ikot . perasaan tension teramat bila apa yang kita nak tu ade yang menghalang . tapi sekuat mana pun aisyah memberontak , keluarga aisyah x pernah biarkan . aisyah rase sedih , benci , sakit hati , nak marah tapi x sampai tahap melawan la . melawan dalam hati tu ade la kot . hehee  . pastu mula lah aisyah akan lepaskan tension k adik-II . tapi xdok la sampai tahap memukul eh . aisyah sakit hati bila fikirkan kenapa aisyah x boleh bebas macam orang lain . macam-II alasan aisyah wat sebab x boh duk asrama . x suka terikat ngan disiplin . tapi tu semua 4 tahun yang lepas . bila dah besar sikit otak mula menjinakkan diri tuk memahami ape yang berlaku . sekarang . Alhamdulillah . aisyah bersyukur telah dikongkong oleh keluarga , ada orang kata menyesal dikemudian hari tu tiada gunany , kn ? tapi bagi aisyah ada gunany gak menyesal dikemudian hari sebabny ia boleh dijadikan pengajaran untuk kita dan orang lain jugak . ^_^ .

aisyah tahu zaman aisyah ngan zaman adik-II sekarang x sama . jauh bezany , dari semua sudut . aisyah dulu facebook . twitter . blog . youtube . wechat . whatsapp x wujud pun lagi . eh . x pun aisyah je yang x penah dengar . hehee . tapi x ape laa . sekurang-IIny aisyah x lalui fasa yang menggerunkan seperti adik-II .  sangat hebat ujian untuk mereka kan ? tapi jangan bimbang . Allah x kan menguji diluar kemampuan kita . jadinya adik-II pasti boleh nak atasiny . in shaa ALLAH . upload gambar ala-II retiss . sambil tunggu kawan-II like and comment . wat video gwiyomi / seminggu couple ( just parody ) harlem shake . gannam ( minta maaf , aisyah x leh kuarkan video-II tu , bimbang dosa berjalan nati ) memang kita ada akal untuk berfikir , tapi bukan setiap masa otak kita akan berfikir dengan baik . time darah sedang menggelegak ni memang bagi kita ape yang orang nasihat tu x pakai . kita sikit pun x heran . tapi akan datang kita sendiri akan meraba-II mencari orang yang menasihati kita dulu .tapi percayalah . jika sekarang mereka boleh berbangga dengan itu ini , 5 tahun akan datang mereka akan rase malu dengan keaiban yang diciptakan diri sendiri .

 sampai sekarang aisyah masih berpegang pesanan dari arwah ayah ngan umi . kata mereka " aisyah . nak buat ape-II kalu x boh jaga maruah diri sendiri sekalipun , tolong jaga maruah umi , ayah dan adikberadik lain " in shaa Allah umi  . :)



islam is the way of life 

setiap manusia tidak lengkap tanpa kesilapan yang dilakukan . tapi Allah sangat sukakan hambanya bertaubat . sungguh cantik dan tersusun Allah ciptakan . aisyah pun ada kesilapan yang aisyah lakukan , dari dulu . sampai sekarang . Allah Maha kaya , Allah x akan biarkan kita memikul bebanan yang kita x mampu menanggung . kita bukanlah baik sangat . tapi x salahkan kita nak kongsi sesuatu yang baik . aisyah minta maaf kalu ade yang terlebih . semoga kita diberkati oleh Allah didunia dan dirahmati diakhirat nanti , in shaa ALLAH . :)

awak


hanya doa yang mampu aku lakukan . 
sesungguhnya hanya ALLAH yang tahu apa yang tersimpan di sudut hati kecil ini .

#aisyahsolehah

riak kah ???

Assalamualaikum . . muncul kembali malam ni . ALLAH Maha Berkuasa , masih diberi pinjaman atas segala nikmat . Alhamdulillah ! sekarang kalu kat FACEBOOK atau TWITTER ramai yang memberi kata-II nasihat , pengajaran , peringatan dan macam-II lagi la yang baik . tetapi , masih ada yang wat xtahu je . orang nasihat dia marah . bak kata pepatah " macam mencurah air keatas daun keladi " eh , aisyah x tahu betol ke x peribahasa tu . dulu-II pun BM aisyah bukan pro sangat pun . cap-II ayam je expecially penulisan ( memang hancur ) . okay , sekarang kita dah terpesong dari tajuk ah . minta maaf ea ? malam ni aisyah x boh membebel panjang pun , aisyah tahu ramai yang nk angkat kaki kekgi , hehee . straight to the point . aisyah memang suka bila baca status-II islamic yang diupdate , contohnya facebook haslinda alias , blog yang aisyah biasa terjah abu basyer ngan Abdullah sobri . terasa macam jealous coz dia banyak sangat ilmu . yang lain pun mesti ada perasaan gitu gak kan ? umi penah kate " bila kita ada ilmu orang x kan mudah nak bodohkan kita . " . itu semestiny ! tapi yang aisyah x suka bila baca yang update status nk kabo amal ibadah yang dia buat , itu dipanggil riak . kalu betol la wat puasa sunat , solat tahajjud pagi-II , bersedekah atau yang lain-II x perlulah kita uarkan and then update status facebook . tweet at twitter . kan ALLAH dah tahu . banyak hadis yang menyebutkan pasal riak ni . bahana riak jangan main-II . aisyah petik 1 hadis .


“ Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil , lalu ditanya oleh sahabat , apakah syirik kecil itu ya Rasulullah ? Kemudian baginda bersabda , itulah riak . ” ( Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi ) .

 ini bukan nak mengutuk , sekadar peringatan , aisyah pun bukan orang baik atau lebih jelas x layak pun . ni pun peringatan tuk aisyah jugak la . minta maaf kalu ada yang terasa aisyah ni bajek baik ke . kire macam sekadar luahan aisyah je la kot . kalu aisyah yang salah , mohon tegur . yang baik tu dari ALLAH taala , dan yang lemah , kurang tu dari diri aisyah yang doif ni sendiri . WALLAHU3ALAM . :)



dalam pujian itu ada kejian . beware !

warkah adam buat 'fiancee'

ratukuu ..
esok musim bunga pasti akan tiba 
dan kau akan mampu berkembang lagi
cuma yang ku harap ketika itu 
kau jaga kelopakmu itu 
jangan sampai tangan-II kasar memetikmu
jangan biarkan gagak hitam rosakkan serimu
kerana kaulah ratu idaman kalbuku 

ratukuu ..
aku bukanlah memandang kecantikanmu .
walaupun kadang kala aku tertarik dengannya .
tapi bukan itu yang aku harapkan .
aku yakin ratuku .
masih ada sinar harapan .
yang boleh membuatku tersenyum mekar .
kerana akanku temui 
ratu yang benar-II ratuku ..

saya minta maaf . walaupun kita sudah bertunang . itu x menjanjikan kebebasan pada kita . walaupun sekarang jarak kita dekat . tapi kita tetap jauh .. saya x terdaya nak mengawal perasaan awak untuk kita gembira selalu . saya x inginkan kesedihan . tapi senyuman dari dalam sampailah meniti dibibir awak . saya x dapat nak baca lagi dengan sedalamnya perasaan awak . x dapat nak layan awak sebaiknya . x dapat nak membuatkan awak tersenyum lebih . sebab kita masih tidak bersama dan masih lagi tidak halal wahai tunangku . bila kita dah halal nanti boleh la saya bersama awak ' everytime ' . masa tu baru lah awak nak marah saya sebab x layan awak sebaiknya . awak mesti kuat . jangan termakan hasutan syaitan yang ingin menghapuskan ikatan ini . istighfar pada ALLAH . jangan cepat terpedaya dengan bisikan-II . banyakkan berdoa pada ALLAH . bersabarlah . janji ALLAH itu pasti ! biarlah kita x berhubung atau berjumpa macam orang lain . itu semua x penting . ianya akan merosakkan hubungan kita dengan ALLAH . . saya inginkan awak tapi saya juga cintakan ilmu . saya ingin kedua-IInya . saya masih perlu mencari ilmu . untuk awak . saya harap awaklah orang yang saya akan mencurahkan ilmu itu . buat masa sekarang same-same la kita persiapkan diri masing-II dulu . salam kemaafan dariku .
by : mr.spongebob . :)







WARDINA SAFIYYAH DIDIK ANAK SOLAT

KAEDAH WARDINA SAFIYYAH DIDIK ANAK SOLAT 5 WAKTU

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?